
Penaung
KDYMM SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
Sultan Kedah Darul Aman
Penasihat
YAB.TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Perdana Menteri Malaysia
UCAPAN PRESIDEN ADAM
Junjung kasih KDYMM Sultan Sallehuddin Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman, selaku Penaung, Persatuan Anak Darulaman Malaysia (ADAM) yang akan mengorak langkah menjadikan Negeri Kedah berubah wajah antara negeri termiskin menjadi negeri terkaya di Malaysia dan Negara Serantau.
YB. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Penasihat ADAM yang merupakan Sejarah Pentadbiran Tertinggi Negara di mata dunia yang telah banyak berjasa dan memimpin ke arah kecermerlangan negara dan seterusnya akan membantu menjadikan Negeri Kedah Darul Aman menjadi Negeri terhebat di Rantau Asia dan Dunia.

Di atas kepercayaan selaku Presiden ADAM, saya mengambil inisiatif bersama-sama Ahli Jawatankuasa yang dipilih menyediakan satu Pelan Perancangan Hala-tuju Persatuan untuk lima (5) tahun dari 2020 sehingga 2025.
Dengan adanya pelan perancangan ini, saya berkeyakinan penuh dapat memenuhi keperluan Kerajaan Negeri dan dapat membantu negeri Kedah Darul Aman merealisasikan hasrat KDYMM Tuanku Sultan menjadikan Kedah Darul Aman sebagai salah satu negeri yang berkembang maju dan menjadi pemacu ekonomi Malaysia.
Usaha murni saya bersama warga ADAM, berharap dengan adanya hala tuju ini, pihak Kerajaan Negeri di bawah setiap kepimpinan YAB. Menteri Besar dapat bergandingan dan bekerjasama dengan ADAM untuk terus kukuh menjadi tunjang belakang kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya membantu dalam perkembangan ekonomi Kedah Darul Aman. In sya Allah....
USUL & RESOLUSI - PRESIDEN ADAM
Yakni Kedah Darul Aman Menjelang Wawasan 2020 Menuju Dunia Millennium Mendatang, 100 tahun Dunia Islam, Pemerintahan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman Akan Berubah Wajah.
Pembangunan kesejahteraan dan keharmonian memerlukan sentuhan bagi merealisasikan impian menjadi kenyataan. Seluruh warga serantau perlu berusaha berterusan untuk memahami realiti yang lebih mendalam dan nilai-nilai yang lebih kekal dalam kehidupan untuk mencapai kesedaran yang baru dalam keluarga manusia akan membawa bersamanya cita-cita baru, cara baru hidup berdasarkan penilaian baru, nilai aspirasi baru dan objektif peribadi baru. Kesedaran ini berkembang dan mendalam yang akan membawa kepada Tamadun Baru.
Hakikat asas paling penting yang kita perlu sedar adalah kenyataan amat mudah bahawa ada rancangan untuk manusia, satu matlamat ke arah evolusi keluarga manusia keseluruhan. Ianya memberi kesan kepada saya untuk meneruskan perjalanan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan demi Kesejahteraan dan Keharmonian Rakyat.
Perkembangan tamadun bangsa dan masa berubah dengan begitu laju maka manusia mula berubah mengikut peredaran masa melalui lima (5) pancaindera dapat menembusi ke dalam jiwa dapat dicapai dan berfungsi dalam kehidupan Tuhan yakni menjalankan urusan keluarga yang merupakan spiritual alam dan kerohanian Tuhan sebagai jiwa alam semulajadi iaitu cinta yang menunjukkan kasih sayang yang harmoni.
Ini merupakan peraturan dan perlu mematuhi dengan membuat kebaikan dan melarang membuat keburukan kepada orang lain dan berbaik-baik sesama manusia di muka bumi dan bersumpah mengikut peraturan Keluarga, Kesetiaan kepada Undang-Undang Negara dan Undang-Undang Antarabangsa.
Oleh yang demikian, tugasan yang telah diberi dan bertanggungjawab kerana fikiran yang rasional mesti diterima oleh akal fikiran yang paling berminat dan terbaik terlatih dan mengambilnya dengan penuh tanggungjawab dan keyakinan untuk menjalankan tugas ini demi Kesejahteraan dan Keharmonian Rakyat, Kerajaan (Negara) dan Tuhan (Mission).
MOHD FARIDZUL BIN KASSIM
Presiden ADAM