Misi

PENYATAAN MISI

Persatuan Anak Darulaman Malaysia (ADAM) ditubuhkan pada 9 April 2009 telah menyediakan pelan perancangan bagi seluruh anak-anak Kedah di perantauan untuk membantu negeri Kedah dalam pelbagai bidang.

Ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya, ramai di antara anak-anak Kedah Darul Aman yang telah berjaya di perantauan ingin mencurah bakti di negeri kelahiran mereka.

Antaranya seperti Penasihat ADAM, YB Tun Dr Mahathir merupakan nama besar negeri Kedah Darul Aman yang telah banyak mengharumkan nama negara. Dan beberapa tokoh-tokoh koperat yang akan memberi idea demi pembangunan ekonomi negeri. Penglibatan mereka dalam menjayakan aspirasi YAB Menteri Besar untuk menjadikan salah satu aktiviti teras ekonomi negeri.

Atas faktor-faktor ini timbullah idea patik, menerusi Persatuan Anak Darulaman Malaysia (ADAM) yang akan bergerak aktif untuk membantu negeri Kedah Darul Aman dalam meningkatkan ekonomi negeri.

Oleh yang demikian ADAM sebagai pemangkin untuk menjayakan pelbagai program yang akan disusun bagi melaksanakan tugasan ini.

Di atas inisiatif ini, patik selaku Presiden Persatuan Anak Darulaman Malaysia (ADAM) telah menyiapkan Dokumen Hala Tuju ini untuk dijadikan panduan bagi mengerakkan persatuan menjalankan aktiviti-aktviti tersebut melalui beberapa pendekatan teras utama.

Teras-teras utama ini akan dijadikan panduan untuk menjayakan pelan tindakan daripada tahun 2020 sehingga 2025. Dengan adanya teras utama ini maka diharapkan ADAM dapat membantu sedikit sebanyak untuk menjadi kerjaya dan perniagaan yang akan memacukan Ekonomi Kedah Darul Aman.

kuala lumpur

TUJUAN

Menjadi garis panduan kepada pihak persatuan untuk merancang aktiviti organisasi untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

LATAR BELAKANG

Pelan perancangan lima tahun persatuan adalah merupakan buah fikiran yang telah lama dicetuskan oleh saya selaku Presiden Persatuan. Pelan perancangan ini merupakan hala tuju persatuan bagi Anak-anak Kedah di perantauan dapat membantu dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran demi memajukan negeri kelahiran Kedah Darul Aman.

Ramai di kalangan ahli-ahli perniagaan Anak-anak Kedah begitu perihatin untuk membantu negeri kelahiran mereka maka Persatuan Anak Darulaman Malaysia (ADAM) merangka satu pelan yang strategik agar satu matlamat dapat dicapai dan terpelihara.

Dengan adanya hala tuju ini persatuan dapat menjalankan aktiviti dengan teratur dan sistematik, menerusi Pelan Perancangan Lima Tahun, salah satunya adalah dengan menggunakan khidmat dan kepakaran Anak-anak Kedah untuk mencurah bakti dalam pelbagai bidang.

padi

WAWASAN

Untuk menjadikan Persatuan Anak Darulaman Malaysia (ADAM) sebagai sebuah persatuan yang dinamik dan berdaya maju bagi membantu meningkatkan ekonomi dan memastikan negeri Kedah Darul Aman hidup aman damai dan terpelihara.

MISI

  • Untuk mengatur strategi bagi mendapatkan sumber dana dengan mengadakan aktiviti aktiviti sukan dan ekonomi.
  • Untuk memacukan aktiviti-aktiviti pembangunan dan pertubuhan ekonomi ke arah kegemilangan menuju Dunia Milennium Mendatang sentuhan KDYMM Tuanku Sultan.
  • Untuk membantu dan membimbing anak-anak dan keluarga agar dapat mempertingkatkan ekonomi mereka.

drawing

scope

FALSAFAH

  • Memperkukuhkan ekonomi keluarga.
  • Berusaha dengan dedikasi dan integriti.
  • Kejayaan untuk semua.
  • Satu persatuan Satu inspirasi.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan Ekonomi Negeri.
  • Melibatkan Anak-anak Kedah Darul Aman dalam memajukan ekonomi.
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya semangat kekeluargaan  untuk negara.
  • Menjadikan Anak-anak Kedah Darul Aman sebagai salah satu tulang belakang  kerajaan negeri dalam memacukan ekonomi negeri.
  • Memupuk minat dan penglibatan Anak-anak Kedah Darul Aman dalam ekonomi  negeri.

STRATEGI UTAMA

  • Mempertingkatkan sumber ekonomi rakyat negeri Kedah Darul Aman.
  • Mewujudkan kesedaran kepada semua peringkat masyarakat.
  • Mempertingkatkan kecemerlangan ekonomi di semua tahap menerusi.