Perjumpaan Biro ADAM bersama Prof Dato' Wira Jamil bertanya khabar dan berbincang perkembangan ADAM sambil berhari raya.




Pencarian 100,000 Face Mask & Sanitizer
TITIK PELUH dan usaha Presiden ADAM dalam pencarian 100,000 Mask & Sanitizer untuk rakyat Kedah Darul Aman.

Presiden ADAM Encik Mohd Faridzul Bin Kassim Bersama Muhammad Sanusi Md Nor ( Menteri Besar Kedah )







Mohon limpah perkenan KDYMM Tuanku Sultan untuk mengadap dan menerima Face Mask & Sanitizer untuk diagihkan kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman.

Bekas Jurulatih Malaysia, Ismail Zakaria membantu dalam Pencarian Face Mask untuk membantu rakyat Kedah Darul Aman.


Pelancaran Rasmi Persatuan Gaya Hidup Vegan Malaysia 8.8.2020
TAHNIAH saya ucapkan kepada Biro Kaum Cina, Anak Darulaman Malaysia (ADAM) yang telah menubuhkan Persatuan Gaya Hidup Vegan Malaysia (Malaysia Veganlife Association) diketuai oleh En. Kevin Lai Wai Yong yang merupakan Ketua Biro Kaum Cina.
`Gaya Hidup Sihat' merupakan amalan penting dalam kehidupan manusia setiap hari berdasarkan kempen kesedaran diet asas `hijau, kesihatan, kelestarian dengan mempromosikan kempen kesedaran diet asas tumbuhan iaitu “Misi 0.07 yang mendorongkan seseorang dalam pemakanan vegetarian dapat menyelamatkan 0.07 pokok”. Cara terbaik adalah;
Vegetarian merupakan cara paling terpantas dan berkesan untuk mengurangkan karbon dalam mencapai kesihatan manusia juga dalam usaha untuk melindungi alam sekitar dari Malaysia ke negara jiran, Asia Tenggara dan ke seluruh perosok dunia.
“Bumi yang kita pijak sejak azali perlu sihat yakni satu-satunya bumi yang kita duduki dan tinggal”.



Sebagai manusia yang bertanggungjawab, jangan sanggup membiarkan dan meninggalkan bumi alam semesta kita rosak dengan bencana alam dan iklim kepada generasi akan datang".
Dalam kontek ini, setiap manusia perlu memahami pentingnya tumbuhan dan pokok dalam kehidupan manusia di alam semesta ini - salah satunya perkara adalah dengan membuat perkara-perkara kebaikan kepada Bumi yakni Dunia Alam Semesta ini menerusi Diet Pokok Tumbuhan yang merupakan kaedah paling berkesan untuk melambatkan pemanasan global.
Semua agama di dunia, di larang membuat kejahatan terutama sekali antara manusia sesama manusia apatah lagi kepada bumi yang kita pijak sejak ADAM & HAWA lahir di dunia.
Sebenarnya... Kita adalah satu-satunya manusia yang benar-benar dapat membantu untuk menyelamatkan negara dan dunia.. KITA harus mempunyai pegangan KUAT pada diri sendiri dalam kehidupan ilahi yakni (TUHAN).
Kesedaran kehidupan ini amat penting untuk memahami realiti dan nilai-nilai yang lebih baik dan kekal dalam menghargai kesedaran kehidupan berkualiti ke arah rakyat dan negara agar hidup dalam harmoni tidak mengira apa jua bangsa dan agama, yang akan menentukan sifat tamadun baru yang lebih harmoni.
Negara yang cemerlang masa hadapan harus mempunyai rakyat dan pemimpin yang berfikir dengan menggunakan akal dan mata hati dengan hebat dan berkualiti, ianya dapat mengubah langkaps rakyat dan negara dalam PERANCANGAN DUNIA @ PERCATURAN DUNIA menuju Dunia Millennium Mendatang.
Jangan sanggup membiarkan rakyat hidup dalam kesusahan terlalu lama dan bumi musnah disebabkan tangan-tangan manusia sendiri.
Dunia kini adalah zaman fikiran, penggunaan kuasa minda dan manusia merupakan ciri yang cemerlang pada masa ini serta mempunyai kuasa yang lebih daripada kecerdasan, yang telah digunakan untuk memanfaatkan kuasa untuk menikmati keselesaan fizikal yang sensasi dan menyeronokkan.


CUBA fahami dan buka minda hati, maksud tersurat dan tersirat...
“Secara beransur-ansur dawning kepada manusia bahawa ada rancangan ilahi atau rohani, dan ramai yang ingin menemui pelan itu dan ingin menyegerakan langkah seterusnya dalam manifestasi.
Kita mesti membiarkan perasaan peribadi kita pergi supaya pelan ini indah boleh menjadi kenyataan.
Tidak ada masa untuk bergaduh. Tidak ada masa untuk membahagikan diri kita daripada satu sama lain kerana sebuah kelebihan yang paling disukai.
Hanya ada masa untuk berkhidmat sesama kita. Ia tidak kira apa yang negara kita telah dilahirkan ke dalam, kita adalah satu di bawah ilahi (TUHAN).
Manusia dengan segala kuasanya berdiri hari ini di ambang bersentuhan dengan satu lagi aspek prinsip asas dan ketuhanan cinta.
Apabila prinsip ilahi cinta dikahwinkan kepada prinsip ilahi kecerdasan, kita akan telah muncul di bumi kerajaan kelima alam. Ini adalah kerajaan spiritual alam.
Ini adalah kerajaan rohaniah Tuhan mana kita akan berfungsi sebagai Jiwa yang alam semula jadi adalah cinta dan mana ianya akan menunjukkan kasih yang bijak”.
Harapan saya, dan warga Anak Darulaman Malaysia (ADAM) dan Persatuan Gaya Hidup Vegan Malaysia dapat bergandingan agar kita menjadi individu atau organisasi yang lebih keterbukaan dan terbukti bernilai akan kepimpinan sebagai tulang belakang kepada negara serta bertindak sebagai tonggak sokongan kepada keperluan komuniti di negara kita Malaysia.


Semoga segala perkara kebaikan yang kita lakukan dirahmati Allah, Tuhan Semesta Alam, ..... Insyaallah.
Sekian, Terima Kasih. Salam Hormat,
MOHD FARIDZUL KASSIM Presiden
Anak Darulaman Malaysia (ADAM)
Trip warga Anak Darulaman Malaysia (ADAM)

Trip warga Anak Darulaman Malaysia (ADAM) berkunjung di Istana Anak Bukit bertarikh 13 Mac 2020 (Jumaat) jam 4 petang.
Mengadakan perlawanan persahabatan di padang Gunung.
Keesokkan hari 14 Mac 2020 (Sabtu) 7.30 pagi, ADAM menyertai Fun Ride Iskoba-Pekan Rabu.
ADAM merupakan salah satu sponsor program ini.
Video
Anak Darulaman Malaysia (ADAM) di Renaissance Hotel Kuala Lumpur - 6th July 2019
Keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan dan KDYMM Tuanku Sultanah ke Santapan Malam Bersama Anak Darulaman Malaysia (ADAM) di Renaissance Hotel Kuala Lumpur, semalam.
Turut Berangkat Hadir DYTM Raja Muda Kedah, YAB Menteri Besar Kedah, YTM Tunku Laksamana Kedah, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan seluruh Ahli Anak Darulaman Malaysia (ADAM).
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI - 30th June 2019
Charity Program - 10 Disember 2018
“KEMPEN MEMERANGI DADAH DAN MEMBASMI KEMISKINAN”
Terima kasih kepada Pengawai khas DBKL Hj. Hayattul, Mohd Faridzul Bin Kassim Pegerusi ADAM dan Mohd solleh ibrahim Pengerusi PERKOM bersama Thomas Thin, Pengerusi PPBM dan semua yg hadir sama-sama menjayakan kempen yang tersebut.
Tarikh : 10 Disember 2018 / Isnin
Masa : 9:00 - 11:00 Malam
Tempat : Dewan Sri Perantau, PPR Desa Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur.
PERCATURAN DUNIA
MENGADAP KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG ke XV demi kesejahteraan Dan keharmonian rakyat dan negara bertarikh 8 Ogos 2017 (Selasa) di Singapura.

Program Anak Darulaman Malaysia (ADAM)

Program Anak Darulaman Malaysia (ADAM)
Ruth Sahanaya – 25th Anniversary Consert Live in Kuala Lumpur di hadiri oleh YAB. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Ke 7 yang juga Penasihat ADAM bersama isteri YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan YAB. Dato’ Seri Mukhriz Mahathir bertarikh 17 Disember 2011, jam 8 malam di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Program Anak Darulaman Malaysia (ADAM)
Konsert George Benson bertarikh 28 Ogos 2013 (Rabu) jam 8.30 malam di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

PROGRAM ADAM
Keberangkatan Tiba, KDYMM Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir ke Konsert George Benson bertarikh 28 Ogos 2013 (Rabu) jam 8.30 malam di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Program Anak Darulaman Malaysia (ADAM)
Keberangkatan Tiba, Tunku Bendahara Kedah, Almarhum Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah ke Konsert George Benson bertarikh 28 Ogos 2013 (Rabu) jam 8.30 malam di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Program Anak Darulaman Malaysia (ADAM)
Ketibaan YAB. Dato’ Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman ke Konsert George Benson bertarikh 28 Ogos 2013 (Rabu) jam 8.30 malam di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Program Anak Darulaman Malaysia (ADAM)
Antara VVIP di Konsert George Benson bertarikh 28 Ogos 2013 (Rabu) jam 8.30 malam di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) termasuk YBhg. Tan Sri Mokhzani Tun Dr. Mahathir dan isteri.
